Monday, August 9, 2010

Ikan Puyu

Ikan puyu atau aku panggil ikan betuk adalah spesis ikan air tawar, banyak di sawah2. Boleh dimakan dgn masakan lomak cili api dgn jantung pisang, nangka, atau pisang muda... memang lazat.... (nak resepinya... kena tanya org lama)
Tapi, sekarang ni mmg susah nak dapat, sawah kering kontang, mcm mana nak hidup ikan ni... aku adalah peminat ikan betuk/puyu sejak kecil... tambahan pula, ayah ku adalah penggemar ikan sawah... haruan, keli, sepat, cepeng, yg aku tak makan belut.... masa aku kecil2 dulu, aku, abgku awi dan amrin (cikgu) selalu bertiga kami pergi menimba tali air disawah2 dikawasan/daerah rumah family (Tengkera, Melaka) area kg 8, lorong pandan dan kg padang, mana ada lubuk ikan (mostly laluan air tepi sawah) masa tu mana ada pembangunan yg rakus mcm sekarang.

Yg bestnya bila air dah mula kering, meloncat2 lah ikan cepeng, betuk, tapi... ikan keli dan haruan ni masuk lubuk (lubang-lubang dlm)... nak kena seluk dalam2 baru dapat hehehe... yg takutnya... ada SNAKE... makkk ada ular air laaa... aku tak seberani mcm abg aku sorang ni, champion SNAKE.. Awiiii... ada ular... dgn selamba menariknya dan dicampaknya jauh2.... seronoknya masa dulu2.... aktiviti yg tak keluar duit, tapi, dapat hasil.... selain tu, ikan yg berbisa ikan keli... kalau kena sengat ikan keli, aduiii... boleh menangislah bisaaaa nya... tapi ada petuanya nak hilangkan bisa ikan keli tu, tapi.. agak kasar sikit bahasa ni.... org tua2 kata kencingkan tempat yg kena sengat ikan keli tu hehehe... aku dah cuba, tu pasal aku cite hehehe... teknik nak tangkap ikan keli mesti belajar, kalau tak jgn berumah ditepi pantai... serah jari kena sengat laa jawapnya.... caranya, cekak guna 2 jari dan ibu jari belah atas kepala ikan..
tapi yg pastinya, ikan keli sawah berbeza sekali dgn ikan keli bela di kolam, canvas, mcm2 teknik lagi laaa sekarang. Yg pastinya, aku penggemar ikan sawah.
Menimba ni mmg seronok, empang air depan dan belakang... keluarkan air dengan cara manual guna tin/baldi, kalau tali air kecil, apa org kata celah gigi jee... hehhe tapi bila menimba kolam aduhai... teknik lain digunakan samaada menimba berdua (tin minyak diikat tali) atau teknik pam... yg ini org malas hehehhe....


Friday, August 6, 2010

Kebun Mini di Putra Heights



Salam semua... sambungan dari semlm. dibelakang rumah ku ada la tanah yg luas nya lebih 5' x 22' mmg aku dan isteri tak bercadang utk buat extansion, tanah yg sikit ni untuk kami bercucuk tanam sikit2... anak2 pun blh tolong siramkan pokok, membaja dan petik hasil...

Macam2 juga yg ditanam... serai (2 rumpun), lemon, daun kari, pandan, limau kasturi, betik, nenas sarawak, pucuk kaduk, dun bangun, daun kunyit, dan yg baru sekali tengah semai ulam raja dan biji benih tenggek burung serta tanam anak pisang susu.... banyak juga tu yg boleh ditanam, mcm tak percaya pula... tapi, itulah hakikatnya.. berbudi pada tanah, insyallah ada hasilnya...

Thursday, August 5, 2010

Kebun Lendu & Solok Chambang

Salam semua.... menulis buat kali pertama diblog ku ini. impian melihat kebun ku menjadi kenyataan... alhamdulillah

Di kebun air hitam, Lendu banyak yg ditanam, hasil pun dah kluar pun (sikit2 laa). Di kebun ni juga terdapat sebuah rumah yg dibina oleh aku dgn abg long ku (Dr. Shahrim) khas utk Ayah dan Omak.. Ayah dan Omak menjaga kebun semasa ketiadaan aku dan abg long. Abg ku adalah seorang pecinta pokok2 bunga, bermacam2 jenis pukok bunga ada.... sementara aku pula suka tanam pokok buah2an... ok lah tu...
macam2 ada di kebun ni... pisang ada... dragon fruit ada (kena penyakit)... nangka madu ada, jering ada.. potai ada... pokok binjai ada... rambai ada... gajus ada... semua adalah... selain pokok2... ada reban ayam... ayam kg lagi tu... mula kecil2an laa... reban kambing dah siap, tapi, kambingnya belum mengebek lai... takde rezeki nak mulakan projek kambing, masaalah utama adalah tenaga kerja. sungguh payah nak cari org kerja, budak2 kat kg lendu, durian daun, masjid tanah semua dah banyak duit! aku percaya, insy dgn izin Allah swt hajat aku nak jadi penternak kambing insy akan jadi kenyataan... doakan ye...

Kebun ku di solok chambang, air limau, masjid tanah... jaraknya dgn lendu dalam 15km... kebun dijaga oleh pak mertua ku dan dibantu dgn setianya oleh mak mertua ku... kebun ni dah banyak hasilnya... nenas sarawak yg besar2, rambutan gading (kuning) dah 3 musim dapat makan alhamdulillah... pulasan, nangka madu, ciku, kedondong, pisang, dragon fruit, ubi, sukun, lemon, limau nipis, limau kasturi, jambu air, rebung, ulam-ulam seperti tenggek burung, ulam raja.

Aku rasa puas dgn usaha aku, peluh yg mengalir dibawah terik matahari... akhirnya membuahkan hasil, walaupun hanya berpeluang balik ke kg sekali atau 2 kali sebulan.
memang sejak aku kecil, minat ku berkebun, cucuk tanam, bela ayam (masa tu ayam siam)

Sekarang ni impian ku menjadi kenyataan... mempunyai kebun sendiri... untuk isteri serta anak2 tersayang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...