Showing posts with label kebun. Show all posts
Showing posts with label kebun. Show all posts

Wednesday, December 29, 2010

Harvesting time

Hasil dari kebun...

lemon


limau purut
 
pisang
   
kedondong
 
pisang & nenas

limau kasturi


pokok tenggek burung
   
tenggek burung .... pucuknya di buat ulam


Friday, August 6, 2010

Kebun Mini di Putra Heights



Salam semua... sambungan dari semlm. dibelakang rumah ku ada la tanah yg luas nya lebih 5' x 22' mmg aku dan isteri tak bercadang utk buat extansion, tanah yg sikit ni untuk kami bercucuk tanam sikit2... anak2 pun blh tolong siramkan pokok, membaja dan petik hasil...

Macam2 juga yg ditanam... serai (2 rumpun), lemon, daun kari, pandan, limau kasturi, betik, nenas sarawak, pucuk kaduk, dun bangun, daun kunyit, dan yg baru sekali tengah semai ulam raja dan biji benih tenggek burung serta tanam anak pisang susu.... banyak juga tu yg boleh ditanam, mcm tak percaya pula... tapi, itulah hakikatnya.. berbudi pada tanah, insyallah ada hasilnya...

Thursday, August 5, 2010

Kebun Lendu & Solok Chambang

Salam semua.... menulis buat kali pertama diblog ku ini. impian melihat kebun ku menjadi kenyataan... alhamdulillah

Di kebun air hitam, Lendu banyak yg ditanam, hasil pun dah kluar pun (sikit2 laa). Di kebun ni juga terdapat sebuah rumah yg dibina oleh aku dgn abg long ku (Dr. Shahrim) khas utk Ayah dan Omak.. Ayah dan Omak menjaga kebun semasa ketiadaan aku dan abg long. Abg ku adalah seorang pecinta pokok2 bunga, bermacam2 jenis pukok bunga ada.... sementara aku pula suka tanam pokok buah2an... ok lah tu...
macam2 ada di kebun ni... pisang ada... dragon fruit ada (kena penyakit)... nangka madu ada, jering ada.. potai ada... pokok binjai ada... rambai ada... gajus ada... semua adalah... selain pokok2... ada reban ayam... ayam kg lagi tu... mula kecil2an laa... reban kambing dah siap, tapi, kambingnya belum mengebek lai... takde rezeki nak mulakan projek kambing, masaalah utama adalah tenaga kerja. sungguh payah nak cari org kerja, budak2 kat kg lendu, durian daun, masjid tanah semua dah banyak duit! aku percaya, insy dgn izin Allah swt hajat aku nak jadi penternak kambing insy akan jadi kenyataan... doakan ye...

Kebun ku di solok chambang, air limau, masjid tanah... jaraknya dgn lendu dalam 15km... kebun dijaga oleh pak mertua ku dan dibantu dgn setianya oleh mak mertua ku... kebun ni dah banyak hasilnya... nenas sarawak yg besar2, rambutan gading (kuning) dah 3 musim dapat makan alhamdulillah... pulasan, nangka madu, ciku, kedondong, pisang, dragon fruit, ubi, sukun, lemon, limau nipis, limau kasturi, jambu air, rebung, ulam-ulam seperti tenggek burung, ulam raja.

Aku rasa puas dgn usaha aku, peluh yg mengalir dibawah terik matahari... akhirnya membuahkan hasil, walaupun hanya berpeluang balik ke kg sekali atau 2 kali sebulan.
memang sejak aku kecil, minat ku berkebun, cucuk tanam, bela ayam (masa tu ayam siam)

Sekarang ni impian ku menjadi kenyataan... mempunyai kebun sendiri... untuk isteri serta anak2 tersayang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...